SITI...SITU...SANA..SINI..

Ahad, 26 Disember 2010

BAB 3


PERKARANGAN KOLEJ PERDANA
7.40 pagi

Suasana di perkarangan kolej perdana ni hingar bingar. Peserta-peserta yang mengikuti rombongan ke Gunung Hijau siap dengan beg pakaian dan kelangkapan sepatutnya untuk perkhemahan tu macam dah tak sabar –sabar nak pegi. Terutama di kawan aku sorang ni Rina bukan main kecoh menyusun beg-beg yang nak di bawa. Aku selamba aje dengan satu beg balik kampung sederhana besar dan beg belakang. Ntah apelah yang diorang ni bawak banyak sangat. Macam orang nak pindah rumah aje lagaknya. Diorang ni pernah pegi panjat gunung ke tak ni..macamana nak angkut barang-barang ni semua panjat gunung..berat..kami diberitahu tapak khemah kami nanti kena panjat suku gunung baru boleh buat khemah sebab ade kawasan lapang kat situ. Tentulah payah kalau bawak barang banyak sangat. Ah..lantak koranglah. Yang penting dalam bas nanti aku nak korek rahsia si Rina kenapa dia beria kelapa nak panjat gunung ni..siap kau!
“Okey..bas dah sampai...saya akan panggil nama baru naik bas yer..tapi barang-barang kena letak kat bawah bas..” tiba-tiba satu suara memecah suasana hiruk pikuk tadi. Aku menjengahkan kepala mencari gerangan suara kapten kami.
“Hah!...kau lagi...asyik-asyik kau lagi” geramya aku...eee...kalau aku tau mamat ni pun joint sekali mampus aku tak ikut si Rina ni, lantaklah nak mogok setahun ke..putus kawan ke... Aku toleh muka Rina yang dah pucat kat sebelah aku.
“Heee...sorry mek aku tak tau si Zua tu joint jugak...lau aku tau aku takkan pakse ko ikut...tapi ko janganlah tak jadi joint plak....peaceeee..” Rina sengih sambil tunjuk dua jari tanda peace kat aku.
“Lantaklah dia..aku joint sebab nak temankan ko aje...tapi aku heranlah nape ko beria sangat nak joint perkhemahan ni...dulu pun ade perkhemahan yang kelab siswi anjurkan tapi ko tak nak joint plak...yang ni siap lancarkan konfrontasi lagi kat aku sebab tak nak temankan ko..ade apehal ni?” aku soal Rina dengan muka dan suara tak puas hati.
“Aku...aku..sebenarnya nak joint benda sebab aku dapat tahu Zahim budak satu kelas akaun dengan kita tu joint sekali...dia ade offer aku minggu lepas...aku..aku..sebenarnya minat kat dia....heeeee” Sengih Rina gatal.
“ Izorisya Miyana binti Abdullah Hanafi........!!!!”....
“Hah..ko minat kat budak skema tu??...Rina..Rina..sebab budak tu ko heret aku joint perkhemahan yang ntah pape ni...” Aku gelengkan kepala berkali-kali.
“Izorisya Miyana!!!...ade tak??...” terkejut Aku bile dengar nama aku di panggil. Aku terkocoh-kocoh angkat tangan.
“Sa..saya...” aku melangkah dekat dengan bas. Aku tengok mamat poyo yang panggil nama aku tadi merenung muka aku semacam.
“Awak ni ade masalah pendengaran ke..berkali-kali panggil tak dengar?” dengan muka serius mamat ni bahase kan aku. Dengan selamba aku masukkan beg besar aku kat perut bas. Selesai letak aku terus menuju ke pintu bas tempat mamat tu berdiri. Tanpa sepatah kata aku jeling mamat tu. Si mamat poyo tu pulak tersenyum sinis aje kat aku. Aku hempuk kang kepala tu baru tau!. Aku terus naik bas. Geramnya aku.........kambing betul la mamat tu saje nak malukan aku...muka aje handsome, tapi perangai siot ya amat!...
“Hasfarina binti Ahmad!”..laung mamat poyo lagi. Puhh!..nasib baik dapat duduk dengan Rina tak lah aku bosan duduk dengan bukan geng aku. Bukan aku tak kenal member lain cume tak best lah duduk dengan bukan geng tak boleh nak bergosip...hehe..
Rina duduk di sebelah aku yang tengah masam mencuka. Mana tak nyer mamat poyo tu pun satu bas dengan aku. Lepas semua peserta rombongan naik bas aku ingat mamat ni akan naik bas depan yang penuh dengan student lelaki geng-geng dia tu. Rupe-rupanya tak..dia naik bas kitorang. Lagilah aku bengang...asyik-asyik tengok muka dia lagi..hemm..nasib..nasib.
...................................
Perjalanan yang mengambil masa 2 jam 45 minit dari perkarangan kampus terisi dengan sesi tidur yang tak berapa nak selesa. Mana tak nye baru je nak pejam mata ade aje mamat bengkek tu buat pengumuman. Macamlah bas pelancong aje.. nak bagi tau setiap minit dah sampai kat mana....kalau dah asyik suara dia aje yang aku dengar manalah aku boleh tidur. Rase nak terajang pun ade. Tapi yang aku perasan setiap kali aku tersentak dengar pengumuman yang dia buat, aku tengok dia akan senyum sinis kat aku..atau...dia saje tak mau kasik aku tidur..dengki kat aku la tu...
Yang aku pelik plak si Rina ni selamba aje membuta walaupun suasana tak selesa macam ni...budak ni memang dasar bom jatuh kat sebelah pun takkan sedar punya. Tiba-tiba mamat poyo tu datang kat seat kami.
“Awatnya hang tak tidoq cheq...” mamat tu bertanya sambil tersengih. Mak uih!..apesal mate aku ni tiba-tiba macam terpandang muka Aaron Aziz je nih..dengan rambut lurus yang tersisir rapi, hidung mancung, kulit putih bersih dengan t-shirt dan track suit warne biru..perh...tak sedar aku ni sempat plak merenung mamat ni lama-lama sampai...
“Hallo....dah sampai ke bulan ker...saya taulah saya ni hensem..takkan sampai tak boleh jawab soalan kot...” tersentak aku, cepat-cepat aku pandang ke tingkap luar..rasa macam merah aje muka aku ni. Siot betul..macam mane bleh ter’blues’ plak tadi, buat malu kaum aje...Bila dia tengok aku tak layan soalan dia tau plak dia blah..fuhh! selamat...
“Hemmmm....wuargh....kita dah sampai mana ni Zoy?” Rina menguap sambil terpisat-pisat bangun tido. Aku pandang muka Rina yang mengocok-ngocok mata.
“Lagi 15 mimit sampailah kita...”aku jawab acuh tak acuh aje dengan soalan Rina tadi. Yelah aku dah lah tengah bengang termalu ya amat kat mamat tadi dia sibuk plak bangun. Tunggulah sampai aku lupa sekejap kat peristiwa yang memalukan ni...huhuhu..
“Kenapa muka ko merah semacam ni...” tiba-tiba Rina mencuit bahu aku. Hah! Merah ker...aduh...bencana..bencana..macamanalah si Rina ni bleh perasan muka aku tengah merah padam ni...
“Oi..aku tanye ni ko kenape?” Rina pelik tengok aku yang diam aje.
“Mane ade merah..mata ko tu yang merah baru bangun tido..pandai aje kata muka aku yang merah..” aku pura-pura melipat sweater yang tadi aku pakai. Sejuk betul bas ni..dah aku tutup aircond atas aku ni tapi still sejuk. Mana tak nyer sejuk aircond atas kepala Rina ni bukan main luas lagi dia pusing kan arah dia. Tentulah dengan aku sekali kena tempiasnye.
“Tak kanlah......”
“Okey kita dah dekat nak sampai ni..semua boleh bangun mana yang tidur tu!...” Fuh nasib baik mamat poyo tu bersuara tepat pada masanya memotong soalan Rina yang tak puas hati dengan jawapan aku tadi.
Bas Universiti yang kami naiki dah pun sampai di kawasan rehat dan kaunter di kaki Gunung Hijau. Aku dan Rina segera bangun menuju ke perut bas nak keluarkan beg. Kami berkumpul dalam barisan mendengar taklimat dari kapten...sape lagi kalau bukan mamat poyo tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan