SITI...SITU...SANA..SINI..

Jumaat, 28 Januari 2011

bab 4



Selepas mendengar taklimat ringkas dari kapten kami di arah bergerak dalam barisan untuk berehat sebentar di dewan taklimat yang terdapat di resort tersebut. Lepas ni kami akan mula mendaki gunung dan masuk hutan...kami akan mendirikan khemah di satu kawasan lapang di dalam hutan untuk aktiviti seterusnya..hemm lotih..hai kenapalah aku bleh ikutkan aje kepala si Rina ni g camping...menyesal...
Akhirnya kami mendaki jugak gunung hijau yang memang hijau merimbun tu..ishk..ni yang aku lemah ni berjalan dalam hutan..dengan akar yang berselirat. Masuk ni dah dekat 3 kali aku nak tersungkur terlanggarkan akar kayu. Bengang semacam aku. Tambah pulak kat belakang aku si mamat poyo ni ade plak. Beberapa kali jugak dia tegur aku supaya berhati-hati bila berjalan.
“ Jalan tu guna mata tu sekali..jangan pakai bedal aje...” berdesing telinga aku dengar ayat mamat ni..malas aku nak bergaduh dalam hutan ni aku buat pekak aje. Akhirnya kami sampai ditempat yang akan kami dirikan khemah. Nasib baik tak kena gigit pacat...ade jugak dua tiga orang budak pompuan yang kena hinggap pacat..pucat lesi muka...hehe selamat aku.
Aku dengan Rina memilih untuk membuat khemah berhampiran dengan khemah besar di tengah-tengah. Kami di bahagikan kepada dua kumpulan iaitu lelaki dan perempuan Kawasan khemah lelaki agak jauh dari khemah perempuan yang dipisahkan oleh dua khemah besar di tengah-tengah. Khemah besar tu mungkin khemah renjer yang akan guide kami sepanjang pendakian. Selepas mendirikan khemah aku berehat sekejap dalam khemah dengan Rina. Sekarang baru pukul 12.30 tengahari. Kalau ikut kata kapten dot..dot tu esok baru kami akan mendaki. Alah bukan tinggi sangat gunung hijau ni. Lagipun kami tak dibenarkan mendaki sampai ke puncak atas beberapa sebab yang tak dapat dielakkan. Tapi pihak pengurusan dah sediakan aktiviti yang akan kami laksanakan kat dalam hutan tu nanti.
“Zoy aku tido jap leh tak...penatlah..”Rina meletakkan begnya di tepi khemah.
“Nak mampus?....baru sampai dah nak tido..ko tak dengar ape mamat poyo tu kate kita cume boleh berehat setengah jam aje pas ni ready siapkan makan tengahari..ko ni tadi kan dah tido dalam bas pun ngantuk lagi...” aku mengingatkan si tembam sorang ni..
“Ye ke...aku baru nak lepak jap...penat siot..” Rina tersengih tengok aku.
“Kau jugak yang gatal nak joint benda ni...sekarang jangan nak merungut penat plak..” aku menempelak Rina yang tersengih-sengih macam kerang busuk.
Tiba-tiba bunyi siren. Itu maknanya ade taklimat oleh kapten pasukan. Aku dengan Rina menuju ke kumpulan pendakian kami.
“Okey..saya akan pilih beberapa orang yang akan uruskan masakan untuk lunch kita hari ni...saya dah pun juga bahagikan kumpulan kita mengikut ajk masing-masing....bla...bla..” aku langsung tak ambik pusing ape yang dibebelkan oleh mamat poyo  kat depan tu.
“Seterusnya untuk ajk masakan kita......Izorisya Miyana...hasfarina dan noradila...tugas kamu bertiga siapkan makan tengahari, malam dan esok pagi..bahan masakan semua ade kat dapur mini yang kitorang dah buat kat sana tu” selamba si mamat poyo ni mengarahkan kami sambil menunjuk ke arah tepi pokok dekat dengan anak sungai.
Mak aih! Kena masak ke aku ngan Rina?..walaupun ade tiga orang tapi aku tengok masing-masing muka tak leh harap je...Noradila ni junior lagi macam budak-budak, tengok muka dia sekarang ni pun aku dah tau dia akan menyusahkan aku. Aku pandang plak muka Rina, lagi la....aku?..2 x 5 jer...eh..3 x 5 jer kitorang ni... tengah aku and the gang terkulat-kulat tiba-tiba mamat tu datang kat aku...
“ Selamat memasak...jangan bagi saya sakit perut yer...” aku sempat menjeling kat muka dia yang tengah kenyitkan mata. Habis lah aku camni..harap-harap takde apa yang buruk berlaku.
“ Eh..Zoy aku tak pandailah bab masak ni..aku tolong ko jer yer...” Rina tersengih pandang muka aku.
“Err....”
“Dila pun kak...dila makan tau la..hehe...” belum sempat aku bersuara kat dua ekor mangkuk ni tiba-tiba mamat poyo tu datang balik kat kami bertiga.
“Dah ape tercegat lagi tu...cepatlah pegi masak..kami semua dah lapar..kang nak daki gunung takde tenaga..cepat bergerak!” sound mamat tu lagi.
“ Tau lah..tak payah nak sound-sound cam tu lah...huh!” aku jawab balik. Budak dua orang sebelah aku ni melopong..
“Aik melawan lagi tu...ingat kalau saya sampai sakit perut gara-gara masakan awak tu...siap!” ugut mamat perasan bagus tu lagi.
“Ade aku kesah...!” Rina cepat menarik tangan aku menuju ke tempat masak yang mamat tu kata ‘dapur mini’ tadi...Mamat tu cume menjeling sambil tersenyum kat kami. Tak kuasa aku..
“Kita nak masak ape ni Zoy...goreng telur aku pandailah...” Rina ni risau tak tentu pasal lah..dia tak nampak tin sardin yang melonggok kat tepi kuali tu ker..ape ade kes kalau setakat masak sardin tu...
“Rileks lah guy...setakat masak sardin aku boleh lagi la...ha ko pegi kupas and potong bawang, cili, bawang putih..dan bla..bla...” aku mengarahkan Dilla yang sedari tadi muka tension. Payah betul dapat group yang tak membantu ni..bagi serabut kepala mak jer..
“Ha ko plak pegi masak air pastu buat air teh...” aku tolak Rina pulak.
“Abih ko buat ape?” soal Rina balik.
“Aku nak masak nasi dengan masak sardin tulah...”aku terus melangkah mencapai periuk besar yang terlangkup kat tepi longgokan kayu.
‘Pu..ja..an.......Ma..La..Ya...aaa..uuu..
Kau pujaan..au..pujaan..hhehe..
Hati...dihantu bayanganmu..rindu..termimpi tiap waktu..’ sambil memasak aku menyanyi lagu ‘Pujaan Malaya’ by Adzrina Azhar...maklumlah Cuma kami bertiga aje ade kat sini yang lain sibuk dengan tugas masing-masing. Sedap jugak suara aku ni ek..hehe
“Ehem!...anak dara kalau nyanyi kat dapur nanti dapat laki tua...baru padan muka...” satu suara menegur hampir terlepas sudip kat tangan. Dia lagi...asyik-asyik dia.. Hantu betul la mamat ni, tak boleh tengok orang senang.
“Tak susahkan kau pun...laki tua pun, laki aku ape kes ngan ko..”aku masamkan muka. Kacau daun.
“Saya ingatkan aje...nanti kalau dapat laki tua jangan menangis cari saya...lagi satu jage skit masak tu.. kang hangus..beruk-beruk kat hutan pun terkejut dengar suara awak nyanyi” pergh....sekali mulut dia me ‘laser’ berdesing telinga aku. macam biasa belum sempat aku balas kata-kata celupar tu dia dah blah sambil meninggalkan selonggok kayu api kat sebelah pokok tempat letak barang. Nasib kau dah blah..kalau tak, ade yang makan pinggan jawabnye.
.....................................
Semuanya berjalan lancar. Akhirnya siap hidangan kami bertiga lauk sardin, sayur bayam masak air, telur goreng dadar yang berdadar-dadar kami buat plus ikan sepat goreng and also air teh Cik Rina.....aku tersenyum lebar. Sedap tak sedap belakang cerita yang penting dapat cover lapor. Nak sedap pegi balik makan kat rumah!...
“Amboi...macam sedap jer bau...” terkejut kami bertiga bile terdengar suara yang menegur dari belakang. Yelah tadi tak de siapa pun kat sini kecuali kami bertiga..tiba-tiba plak mamat poyo ni muncul.
“Err...bukan saya yang masak Zua...tapi Zoy...kitorang tolong-tolong ajer..” Rina tersenyum malu apalagi bila si Zahim pun ade sekali. Aku jeling si Rina ni..yang ko pegi cakap aku yang masak kenape..ntah ape la dia komplen nanti..
“Zoy??..” si mamat poyo tercengang.
“Oh..Zoy tu name manje Izorysha ni...geng-geng panggil Zoy jer..” jawab Rina masih lagi tersipu-sipu. Nak-nak si Zahim tu asyik usha dia aje. Aku tempeleng jugak pompuan sorang ni kang..
“Owh...Zoy...name macam jantan” selambe dia kutuk name aku sambil tangannya mencubit sardin yang aku masak tadi. Aku dah makin panas ni. Tapi aku tahankan jugak sambil menggodeh nasi yang dah nak masak dalam periuk.
“Boleh tahan..harap-harap kita tak sakit perut lah kan Im..” ish nak kena nih...dan belum sempat aku nak menjawab mamat dua ekor ni dah blah sambil tangan si Zahim ni dok melambai ke arah Rina yang dah macam beruk kena belacan.
“Ish!..ko ni pehal gedik sangat ni...menyampah aku tengok muka mamat tu..” aku siku lengan Rina.
“Alah ...yang mulut laser tu Si Zua bukan Zahim...hehe..comel kan muka Zahim tu..” aku jeling je muka Rina yang tengah angau tu...aku tenyeh kepala Rina. Cepat Rina menggosok kepalanya. Tapi kejap aje lepas tu dia senyum balik sorang-sorang. Dilla pulak tengah sibuk cuci peralatan memasak kat anak sungai bawah nun. Takpe..kau kutuk aku ek..siap ko...dendam ni...
......................
“Errk..alhamdulillah.....” suara En Hamdan penasihat kelab kedengaran kat telinga aku. Yang lain aku tengok tengah khusyuk mengadap pinggan masing-masing. Puh! Lega hati aku...kiranya sedap jugaklah aku masak ni kan, walaupun lauk koboi aje..hehe. Tapi ‘masalah’ yang sorang ni lagi tadi sambil makan mata tu tak sudah merenung kat aku sampai nak makan pun tak senang aje. Rase macam telan pasir pun ade...huish..jangan-jangan dia tengah nak cari idea nak kenakan aku tak ni.
“Sedap betul masakan hari ni siapa yang masak?” tiba-tiba en Hamdan bersuara. Terkejut beruk aku. Mentang-mentanglah dok dalam hutan asyik sebut beruk aje...
“ Rina.....”
“Izorysha..” serentak yang lain menjawab. Yang si Dilla pulak tak boleh nak sebut nama aku tapi jari dia dah tunjuk kat aku dan kaku.
“Aik..sape yang masak ni sebenarnya...janganlah takut nak mengaku..saya kan nak puji aje...hehe” En Hamdan ketawa gelihati melihat tingkah laku kami. Gelabah biawak!
“Kami masak same-sama cik....” akhirnya aku bersuara bagi pihak mangkuk dua orang ni...
“Aduh!..sakitnya perut...” tiba-tiba mamat poyo tu pegang perut. Then lepas tu guling-guling kat tanah.
“Eh! Zua kenapa ni?.....” En hamdan cepat-cepat pegang badan Zua yang dah tergolek dog tu. Semua mata memandang ke arah Zua dan suasana mula kecoh. Aku lah yang paling panik. Kenapa mamat ni tiba-tiba tergolek dog plak...
Beberapa orang pelajar lelaki membawa Zua masuk ke khemah...
“Entah ape ko letak dalam masakan ko tu sampai ade orang hampir mati sebab ko...” tiba-tiba Akira dah cekak pinggang depan aku dengan muka masam. Hak ena kau ni pehal..
“Eh..ape plak aku?..orang lain makan ok aje..nape dia sorang je sakit perut....ntah-ntah dia makan ape sebelum ni..” aku cuba pertahankan diri aku.
“Ha’ah...yang ko ni over pehal?” sampuk Rina plak. Dia memang jaki dengan awek perasan bagus sorang ni.
“Kalau jadi pape kat balak aku tu..aku takkan lepas kan ko..” ugut Akira sambil berlalu dengan sombong. Erk..balak?..balak ko yang mane satu? pokok yang sebelah kanan aku ke yang belah kiri?..hehe..ah lantak.
Tapi hati aku tiba-tiba tak senang..Ya Allah ape aku dah buat ni. Memang aku yang sebabkan perut mamat poyo tu sakit. Mase dia nak ambik air minuman tadi aku sempat masukkan julap kat air dia lepas tu cepat-cepat aku hulur kat dia. Agaknya mesti dia pelik kenapa aku hulur kat dia air..orang lain tak pulak aku hulur air. Masing-masing ambik sendiri. Agaknye dia pun dah boleh agak ape aku nak buat kat dia. Tapi kenapa dia still minum jugak air tu..ish..kacau..kacau...
Dari Rina aku dapat tahu si mamat poyo dah ok...En Hamdan dah bagi ubat. Ntah ubat ape aku tak tanye pulak. Tapi aku still tak senang hati. Aku dah buat dosa kat orang ni. Tapi....ahh.bukan dia tau pun..
Oleh kerana salah seorang dari kami (kapten plak tu) tak berapa sihat, so pendakian kami ke Gunung Hijau terpaksa ditangguhkan ke hari esok. Esok pagi-pagi lepas sarapan kami akan mula mendaki. Malam ni kami hanya menjalankan aktiviti ringan yang telah dirancangkan. Mamat poyo tu pun aku tengok dah boleh join aktiviti kami. Cuma yang tak sedapnya mata dia tak lepas-lepas merenung kat aku. Dia tahu ke aku yang pedajal kat dia. Isk..kontrol..kontrol..baik aku buat selamba aje kang dia perasan plak aku tengah gelabah biawak. Yang awek perasan si Akira pulak aku tengok same sibuknya macam si mamat poyo tu. Terjeling-jeling kat aku. Nape? Nak kena tempeleng ker..eleh..ingat aku heran sangat pakwe ko tu. Yer ke pakwe aku tengok mamat poyo tu buat selamba aje kat dia..jangan-jangan SS tak..syok sendiri..hehe
Tengah aku berangan tersengih-sengih sorang ni (Rina masuk khemah jap amik barang)..tiba-tiba mamat poyo ni dak berdiri depan aku..Aku dongak ke muka dia (dia ni tinggi lampai aku ni juz paras bahu dia aje..). Fuh! serius kok...aku beranikan diri pandang dia balik. Mata dia memang tajam renung mata aku. Tapi sepatah haram pun tak kuar. Ade gaya dendam jugak..
“Ehem..huk..huk..” tiba-tiba Rina keluar dari khemah sambil pura-pura batuk. Aku cepat-cepat pandang arah lain. Yang mamat poyo ni pun terus blah. Tapi aku dapat tangkap air muka dia macam dendam aje. Alamak suspen jugak ni..
“Ko pehal ngan Zua tu..semacam je aku tengok..saling mengadap macam nak bercuim aje...” Rina ketawa sambil tutup mulut. Takut orang lain perasan.
“Banyaklah ko punya cium...nak gaduh ada la...” aku cebik kat Rina.
“Ye ke..tapi kalau orang tak tau kes ko gaduh ngan Zua tu, kompem diorang ingat korang ni nak memadu asmara tau..rapat gile muka korang..” kata Rina bersungguh.
Aku perasan jugak mamat tu berdiri dekat betul ngan muka aku. Tapi oleh kerana aku ni rendah sikit dari dia so taklah terasa macam dekat. Lagipun tak terliur aku tengok muka dia walaupun orang kate muka dia tu hensem ya amat...walaupun aku pun tak menafikan pon..kira memang betul-betul hensem la kan..
“Tak kuasa aku dengan mamat poyo tu...” aku mula syak yang mamat poyo tu memang tau aku pedajalkan dia...ayo...macamana ni..aah...lantaklah..aku buat bersebab.
Dan sepanjang malam tu aku memang gelisah giler!.....time tido pun tak boleh nak lena. Asyik terfikirkan ape yang akan mamat tu buat kat aku kalau dia dapat tahu aku pedajalkan dia...Dan akhirnya aku tertido jugak dalam risau-risau tu...Zzzzzzz

Tiada ulasan:

Catat Ulasan