SITI...SITU...SANA..SINI..

Jumaat, 15 April 2011

~Bab 8~

Suasana dalam kelas ekonomi En. Shahrum si duda 'terhot' di pasaran pagi ni dah macam ape aje aku rasa. Aku dah ulang baca dan try buat tutorial bab yang nak masuk hari ni pun dah masuk 4 kali. Tapi En. Shahrum masih lagi tak nampak batang hidung.
" Zoy...kalau kelas econ ni batal,ko teman aku g some where nak?" Rina tetiba bersuara setelah hampir 5 minit dia tidur tahap tak sedar diri punye. Aku pandang muka Rina semacam.
"Oi..aku tanya ko ni..okay tak? yang ko tenung muka aku tahap tembus dinding tu dah kenapa?" Rina mengawang tanganya kat muka aku.
"Tak delah..ko tu ngigau ke..tetiba aje nak ajak aku going some where...nak gi mana?" Aku jawab acuh tak acuh aje pelawaan Rina ni. Ntah-ntah dia ni mimpi tak..
"Teman aku gi..." Tiba-tiba pintu dewan kuliah terbuka. Seorang mamat jambu melangkah bergaya di hadapan dewan. Semua aura dalam kelas econ ni diserap oleh mamat jambu tu. Ada iras David Ducovny hero citer 'The X-files' suatu ketika dulu. Aku jeling Rina yang tengah melopong memandang mamat jambu tadi. Entah mana tempat dia nak ajak aku pun tak habis lagi dia cakap. Aku siku lengan Rina. Tak de respon..aku siku lagi.
" Assalamualaikum...saya wakil En. Shahrum, hari ni En. Shahrum tak dapat masuk kelas ada hal...tapi..dia pesan mintak tolong panggilkan..er..Izorisya...dia nak jumpa kat bilik dia sekarang". Haa??..semua mata dah tertumpu ke arah aku. Rina yang tadi aku siku tapi takde respon tu pun turut pandang muka aku..ditambah lagi dengan kening dia yang macam nak bertaut tu.
"Excuse me..ada tak sape-sape nama Izorisya kat sini..kalau ada bolehlah kita gerak sekarang.." hah! kita gerak? Kita sape? dengan kau ke. Gerutu hati aku. Sekali lagi semua mata pandang ke arah aku.
Dengan terpinga-pinga aku bangun. Dewan yang tadi senyap sunyi kembali bak pasar borong...
"Alhamdulillah..ada pun..jom!" Mamat jambu tu menggamit aku mengikut dia keluar kelas.
"Nak ke mana?" soal aku bodoh.
"Ke bilik En. Shahrum..." jawab si mamat jambu tu lagi.
"Hei! pegilah yang kau berdiri tegak macam nak nyanyi lagu 'Negaraku" tu dah kenapa...tapi jangan lupa kim salam maut aku kat En. Shahrum handsome ngan chikaro jambu kat depan tu tau..." Rina tiba-tiba mengejutkan aku dari lamunan siot tadi.
"hah! Chikaro jambu...macam-macamlah ko ni Rina" Ade aje si Rina ni. Ntah mana dia dapat nama Chikaro tu pun aku tak tau, tapi macam pernah dengar aje..ah lantaklah!.
Dengan langkah yang teragak-agak aku mengekor Chikaro jambu tadi. Kalau ye pun En. shahrum tu nak jumpa aku..apa plak kaitan Chikaro ni nak ke bilik lecturer pujaan malaya tu..Otak aku ligat berfikir sambil mata aku pandang ke bawah. Ceh! style orang berfikir la tu.
"Buk!'
"Oh! chikaro mak kau!" sepantas kilat mulut aku melatah benda mengarut apa ntah. Aku dongak ke depan. Apa benda yang aku langgar tadi. Ya Allah! aku terlanggar Chikaro tadi yang tiba-tiba berhenti.
"Izorysha ni tengah khayal yek...sampai saya berhenti pun awak tak perasan.." Chikaro jambu tu tersenyum manis kat aku. Macam kena pukau aku hanya melopong.
"awak!..nape ni?" Chikaro jambu tu melambai tangan ke muka aku. Astaghfirullah!..dah kenapa dengan aku ni. Buat perangai tak senonoh time-time ni.
"Erk..tak perasan tadi awak berenti..sori terlanggar.." akhirnya aku kembali bernyawa.
"It's ok..tentu awak risau pikir kenape En. shahrum nak jumpa kan..saya pun tak tahu kenapa..dia cuma pesan tolong jemput awak ke bilik dia..anyway..siapa chikaro yang awak sebut tadi tu" ujar chikaro sambil tersenyum jambu kat aku. Adeh!..mampus..dia dengar ke aku cakap Chikaro tadi. Ah! lantaklah bukan dia tahu pun aku cakap siapa.
"Tapi..awak plak ada apa hal ke bilik dia?" soal aku semula tanpa menjawab soalan dia tadi.Saja nak tau..
" Saya nak hantar tutorial semalam ni...tapi En. Shahrum suruh saya jemput awak sekali" aku hanya menganggukkan kepala. Tapi aku dapat rasakan ekor mata Chikaro ni tengah tengok aku. Pantas aku pandang muka dia semula.
Hah! kau ambik.. terkejut beruk Chikaro tu bila aku tiba-tiba pandang muka dia..
"Kenapa?..ada apa kat muka saya sampai awak pandang macam tu sekali?" cis! tak guna punya Chikaro, nak ambik kesempatan yer..
"Oh! tak pape.." jawab Chikaro tu sambil terus melangkah seiring dengan aku (walau aku dah slowkan langkah aku supaya tak seiring dengan dia, tapi dia pun ikut slow macam aku...haru..).

Langkah kami berakhir di hadapan pintu bilik En. shahrum. Kat muka pintu terpampang dengan jelas nama 'En. Shahrum bin Alias'. Chikaro mengetuk pintu. Satu suara menyuruh kami masuk dari dalam. Puh! suspen tahap mambang ni...Pintu En. shahrum dah pun dibuka oleh Chikaro jambu tadi. Dia menggamit aku masuk sedang dia berdiri sambil dok pegang tombol pintu. Aku melangkah kemas, walau dalam hati aku dok berdebar jugak. Yelah, pertama risau nape En. shahrum nak jumpa aku, kedua tak selesa berjalan dengan orang 'jambu' macam Chikaro sebelah aku ni..ketiga....
"Rysha...!" khayalan aku terputus.
"Kenapa awak nampak pelik ni Rysha?" Tiba-tiba En. Shahrum bersuara sambil matanya tajam merenung ke muka aku. Adus! ni yang lemah ni bile kena tenung dengan balak handsome. gugur jantung aku rasanya.
"Err..ada apa encik panggil saya?" soal aku malas nak melengahkan masa.
"Ada hal sikit...Firhan awak boleh keluar dulu ye.." Chikaro tadi tersenyum sambil meletakkan sehelai kertas di atas meja En. shahrum..
"Ni..soalan tutorial untuk kelas semalam En. Shahrum..saya keluar dulu" Sebelum keluar sempat lagi mata Chikaro tu jeling kat aku. Ada segaris semyuman aku nampak kat bibir dia. Aha..apa-apa-an sih! dah main pandang-pandang bibir jantan ni.
"Risha...mana soalan tutorial minggu lepas yang saya mintak semalam? Semua kawan-kawan awak dah hantar, cuma awak aje yang belum.." Tu dia...sekali en.shahrum bersuara dengan tegas, kecut perut aku. Mak  aih! macamana aku boleh lupa nak hantar tugasan mamat ni plak..Rina dah hantar ke? nape aku tak tau?..takkan dia hantar tak bagitahu aku..yelah kan kami member kamceng...tapi tadi mamat ni kata 'semua dah hantar' kecuali aku???biar betul..aku mengguman sendiri,
"Saya tanya awak Risya..yang awak bermonolog sorang-sorang tu kenapa?"
"Er..maaf encik..saya lupa nak hantar..nanti saya hantar ke bilik encik..er..petang ni yer.." aku cepat-cepat menjawab kang tak pasal-pasal mengamuk lagi mamat ni.
"Petang ni?...saya kena balik awal hari ni..ada hal..saya datang ambik kat kolej awak jelah..kebetulan saya nak keluar, singgah tempat awak sekali.." ha???ape???aku salah dengar ke?..
"Eh!..ecik nak datang ambik?...takpelah encik kalau macam tu biar saya hantar esok ajelah encik..pagi-pagi esok saya hantar atas meja encik.." gila apa en.shahrum ni nak datang kolej aku. Gerenti 7 generasi akan berkata-kata tentang kami. Tidak!!!..
"Tak boleh saya nak key-in markah malam ni..esok saya nak tampal markah tutorial awak semua kat depan bilik saya sebelum bertolak ke utara esok pagi, ada meeting kat Pulau Pinang 2 hari.." En. Shahrum menyandarkan badannya ke kerusi. Mata tak lepas memandang aku. Kaki aku dah menggeletar. Tak pasti sebab yang mana satu..menggeletar sebab pandangan tajam en. Shahrum atau sebab kaki aku dah lenguh berdiri dan tak langsung dipelawa duduk. Nak duduk aje kang dikatanye aku ni biadap..aduh...
"kalau macam tu yelah...nanti petang saya tunggu encik depan asrama..."akhirnya aku terpaksa bersetuju dengan cadangan gila lecturer sorang ni.
"bagus!..berapa nombor tepon awak?" tiba-tiba e. shahrum mintak nombor telefon aku.
"bukan apa..nanti kalau saya dah sampai senang saya bagitahu awak....atau ..manalah tau saya tak dapat datang ke, taklah awak tertunggu-tunggu".Jelas en. shahrum..tu pun lepas dia tengok aku pandang dia tak kelip-kelip mata.
"Oh...nombor saya 012-7562222" akhirnya aku menarik nafas lega setelah mendengar penjelasan en. shahrum tadi. Nasib tak terperasan yang encik depan aku ni nak ngurat aku..hahaha...
"Okay..kalau macam tu petang nanti kita jumpa.." aku mengangguk laju selepas en shahrum cakap mengakhiri perbualan.
"Saya mintak diri dulu ye encik..er..encik tak masuk kelas ke sekarang ni?" soal aku bila teringatkan sekarang ni waktu dia masuk kelas economy kami.
"maaf saya ada hal kejap lagi..kelas dah batal..awak boleh keluar..petang nanti kita jumpa.." arah en shahrum kat aku. Sebaik aku tutup pintu bilik dia, hati aku rasa pelik. Kenapa dia asyik ulang ayat yang sama?.. 'petang nanti kita jumpa'....ish..naik bulu roma aku dengar ayat tu. hak ena..ko apehal Zoy..kan memang petang ni dia nak datang ambik tutorial ko yang terlambat hantar tu..memang lah jumpa namanya tu kan..kalau tak jumpa macam mana nak ambik..ish..melalut aje otak aku ni.

Langkah aku longlai menuju ke dewan kuliah kelas econ aku tadi. Tetiba..aku rasa ada orang panggil aku.
"Risya!..." aku menoleh ke arah suara itu datang.
Dari jauh aku nampak Zua melambai tangan ke arah aku. Dengan gaya kacaknya dia menuju ke arah aku. Yang aku pulak cuma mematung tunggu dia sampai kat tempat aku terpacak. Macam takde emosi pulak aku ni. dah tu nak buat apa lagi, takkan nak suruh aku lambai kat dia semula. Nonsense!
Semakin mamat ni dekat kat aku semakin terserlah ke'handsome'mannye. Hallo!..hallo...Zoy ko jangan buat gile.
"Risya dari mana? takde kelas ke?" soal Zua bertubi-tubi kat aku.
"Ada...tadi saya dari bilik en.shahrum ada hal jumpa dia tadi.." jelas aku jujur. Aku tengok zua mengerutkan keningnya.
"Encik Shahrum?...duda 'hot' tu ke?" soal Zua lagi.
"Yup..lecturer economy kitorang...tang duda 'hot' tu saya tak pasti plak.." jawab aku sambil tersengih.
"Awak takde kelas ke?" soal aku lagi. Jam di tangan aku pandang. Baru pukul 9 pagi. Kelas aku dah batal. Rina masih stay kat dewan kuliah lagi ke atau dah blah. Beg aku dia bawak tak ek...
"Baru habis kelas english HE..sekarang ni free, pukul 11 nanti baru ada kelas lagi.
"Risya nak pegi mana ni?" soal zua lagi.
"Nak gi dewan kuliah 2/3 nak ambik beg, kelas batal pagi ni..." langkah ku hayun semakin pantas. Takut plak Rina dah keluar.
"Risya sekelas dengan Rina kan?..." aku hanya mengangguk tanpa menoleh ke muka mamat ni.
"Tadi saya nampak dia jalan dengan zahim menuju ke cafe kat fakulti bahasa...dia bawak dua beg.." aku terus toleh muka Zua.
"Oh..kalau macam tu takpelah saya nak pegi library ajelah..." aku memutuskan ke library aje. Yelah takkan nak kacau budak berdua tu dating. Nak kol dia handphone aku kat dalam beg. nak gi minum kat cafe fakulti ekonomi ni duit pun takde..semua dalam beg.
"Risya...memandangkan kita takde buat apa sekarang ni, jom saya belanja breakfast kat cafe depan tu.." pelawa si Zua pulak. Alamak!..dia nak belanja aku pulak...seganlah aku nak makan berdua dengan balak handsome ni. Lagi satu takut pun ye jugak..takut kena serang dengan Akira Si Minah Perasan tu. Zua ni kan balak dia.

1 ulasan:

  1. cepatlah buat sambungannye lagi..tapi rasanya ni dah bukan cerpen dah boleh buat novel pun...pape pun best!

    BalasPadam