SITI...SITU...SANA..SINI..

Jumaat, 15 April 2011

~Bab 8~

Suasana dalam kelas ekonomi En. Shahrum si duda 'terhot' di pasaran pagi ni dah macam ape aje aku rasa. Aku dah ulang baca dan try buat tutorial bab yang nak masuk hari ni pun dah masuk 4 kali. Tapi En. Shahrum masih lagi tak nampak batang hidung.
" Zoy...kalau kelas econ ni batal,ko teman aku g some where nak?" Rina tetiba bersuara setelah hampir 5 minit dia tidur tahap tak sedar diri punye. Aku pandang muka Rina semacam.
"Oi..aku tanya ko ni..okay tak? yang ko tenung muka aku tahap tembus dinding tu dah kenapa?" Rina mengawang tanganya kat muka aku.
"Tak delah..ko tu ngigau ke..tetiba aje nak ajak aku going some where...nak gi mana?" Aku jawab acuh tak acuh aje pelawaan Rina ni. Ntah-ntah dia ni mimpi tak..
"Teman aku gi..." Tiba-tiba pintu dewan kuliah terbuka. Seorang mamat jambu melangkah bergaya di hadapan dewan. Semua aura dalam kelas econ ni diserap oleh mamat jambu tu. Ada iras David Ducovny hero citer 'The X-files' suatu ketika dulu. Aku jeling Rina yang tengah melopong memandang mamat jambu tadi. Entah mana tempat dia nak ajak aku pun tak habis lagi dia cakap. Aku siku lengan Rina. Tak de respon..aku siku lagi.
" Assalamualaikum...saya wakil En. Shahrum, hari ni En. Shahrum tak dapat masuk kelas ada hal...tapi..dia pesan mintak tolong panggilkan..er..Izorisya...dia nak jumpa kat bilik dia sekarang". Haa??..semua mata dah tertumpu ke arah aku. Rina yang tadi aku siku tapi takde respon tu pun turut pandang muka aku..ditambah lagi dengan kening dia yang macam nak bertaut tu.
"Excuse me..ada tak sape-sape nama Izorisya kat sini..kalau ada bolehlah kita gerak sekarang.." hah! kita gerak? Kita sape? dengan kau ke. Gerutu hati aku. Sekali lagi semua mata pandang ke arah aku.
Dengan terpinga-pinga aku bangun. Dewan yang tadi senyap sunyi kembali bak pasar borong...
"Alhamdulillah..ada pun..jom!" Mamat jambu tu menggamit aku mengikut dia keluar kelas.
"Nak ke mana?" soal aku bodoh.
"Ke bilik En. Shahrum..." jawab si mamat jambu tu lagi.
"Hei! pegilah yang kau berdiri tegak macam nak nyanyi lagu 'Negaraku" tu dah kenapa...tapi jangan lupa kim salam maut aku kat En. Shahrum handsome ngan chikaro jambu kat depan tu tau..." Rina tiba-tiba mengejutkan aku dari lamunan siot tadi.
"hah! Chikaro jambu...macam-macamlah ko ni Rina" Ade aje si Rina ni. Ntah mana dia dapat nama Chikaro tu pun aku tak tau, tapi macam pernah dengar aje..ah lantaklah!.
Dengan langkah yang teragak-agak aku mengekor Chikaro jambu tadi. Kalau ye pun En. shahrum tu nak jumpa aku..apa plak kaitan Chikaro ni nak ke bilik lecturer pujaan malaya tu..Otak aku ligat berfikir sambil mata aku pandang ke bawah. Ceh! style orang berfikir la tu.
"Buk!'
"Oh! chikaro mak kau!" sepantas kilat mulut aku melatah benda mengarut apa ntah. Aku dongak ke depan. Apa benda yang aku langgar tadi. Ya Allah! aku terlanggar Chikaro tadi yang tiba-tiba berhenti.
"Izorysha ni tengah khayal yek...sampai saya berhenti pun awak tak perasan.." Chikaro jambu tu tersenyum manis kat aku. Macam kena pukau aku hanya melopong.
"awak!..nape ni?" Chikaro jambu tu melambai tangan ke muka aku. Astaghfirullah!..dah kenapa dengan aku ni. Buat perangai tak senonoh time-time ni.
"Erk..tak perasan tadi awak berenti..sori terlanggar.." akhirnya aku kembali bernyawa.
"It's ok..tentu awak risau pikir kenape En. shahrum nak jumpa kan..saya pun tak tahu kenapa..dia cuma pesan tolong jemput awak ke bilik dia..anyway..siapa chikaro yang awak sebut tadi tu" ujar chikaro sambil tersenyum jambu kat aku. Adeh!..mampus..dia dengar ke aku cakap Chikaro tadi. Ah! lantaklah bukan dia tahu pun aku cakap siapa.
"Tapi..awak plak ada apa hal ke bilik dia?" soal aku semula tanpa menjawab soalan dia tadi.Saja nak tau..
" Saya nak hantar tutorial semalam ni...tapi En. Shahrum suruh saya jemput awak sekali" aku hanya menganggukkan kepala. Tapi aku dapat rasakan ekor mata Chikaro ni tengah tengok aku. Pantas aku pandang muka dia semula.
Hah! kau ambik.. terkejut beruk Chikaro tu bila aku tiba-tiba pandang muka dia..
"Kenapa?..ada apa kat muka saya sampai awak pandang macam tu sekali?" cis! tak guna punya Chikaro, nak ambik kesempatan yer..
"Oh! tak pape.." jawab Chikaro tu sambil terus melangkah seiring dengan aku (walau aku dah slowkan langkah aku supaya tak seiring dengan dia, tapi dia pun ikut slow macam aku...haru..).

Langkah kami berakhir di hadapan pintu bilik En. shahrum. Kat muka pintu terpampang dengan jelas nama 'En. Shahrum bin Alias'. Chikaro mengetuk pintu. Satu suara menyuruh kami masuk dari dalam. Puh! suspen tahap mambang ni...Pintu En. shahrum dah pun dibuka oleh Chikaro jambu tadi. Dia menggamit aku masuk sedang dia berdiri sambil dok pegang tombol pintu. Aku melangkah kemas, walau dalam hati aku dok berdebar jugak. Yelah, pertama risau nape En. shahrum nak jumpa aku, kedua tak selesa berjalan dengan orang 'jambu' macam Chikaro sebelah aku ni..ketiga....
"Rysha...!" khayalan aku terputus.
"Kenapa awak nampak pelik ni Rysha?" Tiba-tiba En. Shahrum bersuara sambil matanya tajam merenung ke muka aku. Adus! ni yang lemah ni bile kena tenung dengan balak handsome. gugur jantung aku rasanya.
"Err..ada apa encik panggil saya?" soal aku malas nak melengahkan masa.
"Ada hal sikit...Firhan awak boleh keluar dulu ye.." Chikaro tadi tersenyum sambil meletakkan sehelai kertas di atas meja En. shahrum..
"Ni..soalan tutorial untuk kelas semalam En. Shahrum..saya keluar dulu" Sebelum keluar sempat lagi mata Chikaro tu jeling kat aku. Ada segaris semyuman aku nampak kat bibir dia. Aha..apa-apa-an sih! dah main pandang-pandang bibir jantan ni.
"Risha...mana soalan tutorial minggu lepas yang saya mintak semalam? Semua kawan-kawan awak dah hantar, cuma awak aje yang belum.." Tu dia...sekali en.shahrum bersuara dengan tegas, kecut perut aku. Mak  aih! macamana aku boleh lupa nak hantar tugasan mamat ni plak..Rina dah hantar ke? nape aku tak tau?..takkan dia hantar tak bagitahu aku..yelah kan kami member kamceng...tapi tadi mamat ni kata 'semua dah hantar' kecuali aku???biar betul..aku mengguman sendiri,
"Saya tanya awak Risya..yang awak bermonolog sorang-sorang tu kenapa?"
"Er..maaf encik..saya lupa nak hantar..nanti saya hantar ke bilik encik..er..petang ni yer.." aku cepat-cepat menjawab kang tak pasal-pasal mengamuk lagi mamat ni.
"Petang ni?...saya kena balik awal hari ni..ada hal..saya datang ambik kat kolej awak jelah..kebetulan saya nak keluar, singgah tempat awak sekali.." ha???ape???aku salah dengar ke?..
"Eh!..ecik nak datang ambik?...takpelah encik kalau macam tu biar saya hantar esok ajelah encik..pagi-pagi esok saya hantar atas meja encik.." gila apa en.shahrum ni nak datang kolej aku. Gerenti 7 generasi akan berkata-kata tentang kami. Tidak!!!..
"Tak boleh saya nak key-in markah malam ni..esok saya nak tampal markah tutorial awak semua kat depan bilik saya sebelum bertolak ke utara esok pagi, ada meeting kat Pulau Pinang 2 hari.." En. Shahrum menyandarkan badannya ke kerusi. Mata tak lepas memandang aku. Kaki aku dah menggeletar. Tak pasti sebab yang mana satu..menggeletar sebab pandangan tajam en. Shahrum atau sebab kaki aku dah lenguh berdiri dan tak langsung dipelawa duduk. Nak duduk aje kang dikatanye aku ni biadap..aduh...
"kalau macam tu yelah...nanti petang saya tunggu encik depan asrama..."akhirnya aku terpaksa bersetuju dengan cadangan gila lecturer sorang ni.
"bagus!..berapa nombor tepon awak?" tiba-tiba e. shahrum mintak nombor telefon aku.
"bukan apa..nanti kalau saya dah sampai senang saya bagitahu awak....atau ..manalah tau saya tak dapat datang ke, taklah awak tertunggu-tunggu".Jelas en. shahrum..tu pun lepas dia tengok aku pandang dia tak kelip-kelip mata.
"Oh...nombor saya 012-7562222" akhirnya aku menarik nafas lega setelah mendengar penjelasan en. shahrum tadi. Nasib tak terperasan yang encik depan aku ni nak ngurat aku..hahaha...
"Okay..kalau macam tu petang nanti kita jumpa.." aku mengangguk laju selepas en shahrum cakap mengakhiri perbualan.
"Saya mintak diri dulu ye encik..er..encik tak masuk kelas ke sekarang ni?" soal aku bila teringatkan sekarang ni waktu dia masuk kelas economy kami.
"maaf saya ada hal kejap lagi..kelas dah batal..awak boleh keluar..petang nanti kita jumpa.." arah en shahrum kat aku. Sebaik aku tutup pintu bilik dia, hati aku rasa pelik. Kenapa dia asyik ulang ayat yang sama?.. 'petang nanti kita jumpa'....ish..naik bulu roma aku dengar ayat tu. hak ena..ko apehal Zoy..kan memang petang ni dia nak datang ambik tutorial ko yang terlambat hantar tu..memang lah jumpa namanya tu kan..kalau tak jumpa macam mana nak ambik..ish..melalut aje otak aku ni.

Langkah aku longlai menuju ke dewan kuliah kelas econ aku tadi. Tetiba..aku rasa ada orang panggil aku.
"Risya!..." aku menoleh ke arah suara itu datang.
Dari jauh aku nampak Zua melambai tangan ke arah aku. Dengan gaya kacaknya dia menuju ke arah aku. Yang aku pulak cuma mematung tunggu dia sampai kat tempat aku terpacak. Macam takde emosi pulak aku ni. dah tu nak buat apa lagi, takkan nak suruh aku lambai kat dia semula. Nonsense!
Semakin mamat ni dekat kat aku semakin terserlah ke'handsome'mannye. Hallo!..hallo...Zoy ko jangan buat gile.
"Risya dari mana? takde kelas ke?" soal Zua bertubi-tubi kat aku.
"Ada...tadi saya dari bilik en.shahrum ada hal jumpa dia tadi.." jelas aku jujur. Aku tengok zua mengerutkan keningnya.
"Encik Shahrum?...duda 'hot' tu ke?" soal Zua lagi.
"Yup..lecturer economy kitorang...tang duda 'hot' tu saya tak pasti plak.." jawab aku sambil tersengih.
"Awak takde kelas ke?" soal aku lagi. Jam di tangan aku pandang. Baru pukul 9 pagi. Kelas aku dah batal. Rina masih stay kat dewan kuliah lagi ke atau dah blah. Beg aku dia bawak tak ek...
"Baru habis kelas english HE..sekarang ni free, pukul 11 nanti baru ada kelas lagi.
"Risya nak pegi mana ni?" soal zua lagi.
"Nak gi dewan kuliah 2/3 nak ambik beg, kelas batal pagi ni..." langkah ku hayun semakin pantas. Takut plak Rina dah keluar.
"Risya sekelas dengan Rina kan?..." aku hanya mengangguk tanpa menoleh ke muka mamat ni.
"Tadi saya nampak dia jalan dengan zahim menuju ke cafe kat fakulti bahasa...dia bawak dua beg.." aku terus toleh muka Zua.
"Oh..kalau macam tu takpelah saya nak pegi library ajelah..." aku memutuskan ke library aje. Yelah takkan nak kacau budak berdua tu dating. Nak kol dia handphone aku kat dalam beg. nak gi minum kat cafe fakulti ekonomi ni duit pun takde..semua dalam beg.
"Risya...memandangkan kita takde buat apa sekarang ni, jom saya belanja breakfast kat cafe depan tu.." pelawa si Zua pulak. Alamak!..dia nak belanja aku pulak...seganlah aku nak makan berdua dengan balak handsome ni. Lagi satu takut pun ye jugak..takut kena serang dengan Akira Si Minah Perasan tu. Zua ni kan balak dia.

Rabu, 13 April 2011

~Bab 7~

" Posto!..posto...!..." wajah Rina tersembul dari balik pintu bilik. Aku yang baru lepas mandi menoleh ke arah Rina. Mak aih..happy nye minah ni  apehal?.
" Orang nak masuk bilik bagilah salam...ni pakai terjah aje..dah tu cakap bahasa asing lak..dah kenape?" ujar aku bengang. yelah..kalau ye pun ketuklah pintu dulu then bagi salam..ni terjah. nasib baik aku belum lagi tanggal tuala mandi ni. lau tak tayangan percuma la jawabnye.
Rina tersengih.
" Dah ko tu pun bukannye nak kunci bilik nak pakai baju tu...nasib baik aku yang masuk, kalau perompak..selamat!"Rina duduk di hujung katilnya sambil melayangkan sekeping surat bersampul biru. Dah tu tersengih-sengih pandang muka aku.
"Ha ni apehal plak tersengih-sengih macam kerang busuk...surat sapa ko pegang tu?" aku menyarungkan t-shirt ke badan dan kemudian menuju ke tepi almari nak sangkut tuala.
"Cuba kau teka surat apa dan siapa yang aku bawak ni..."Aku toleh ke muka Rina. Rina masih lagi membelek-belek surat ditangannya.
"Ah! tak kuasa aku nak teka-teka...kalau ko tak nak bagitau aku pun tak minat nak ambik tau.." aku jawab acuh tak acuh. Yelah!..dah tentu la bukan aku punya. Sepanjang aku study kat kampus ni tak penah umur aku dapat layangan surat pun...yang cuba-cuba nak usha aku selama ni pun juz calling-calling or sms aje. Mana ada pakai surat-surat bagai ni..
"Alah..ko ni tak best la...excited la skit bila time-time romantika de amour ni...tak de perasaan langsung la.." rungut Rina sambil meletakkan surat tu kat atas meja belajar aku. Aku menjeling sekilas tulisan yang tertera atas sampul surat biru tu. Hah!..terbeliak biji mata aku bila terpandang perkataan "R.I.S.Y.A"...
" Eh..aku punye ke? untuk aku? tapi kenapa Risya? dari sapa?" soal aku bertubi-tubi macam peluru berpandu. Rina pulak aku tengok terkulat-kulat nak menjawab.
"Ko ni satu-satulah bagi soalan...mana satu aku nak jawab ni..." Rina garu kepalanya.
"Sapa bagi?" aku keluarkan soalan penting dari teks soalan aku yang bertubi-tubi tadi.
"Ko agak-agak?.." Rina jungkit kening ala Ziana Zain. Aku gigit bibir cuba berfikir.
"Ala..ko cuba lah ingat-ingat sapa kat kampus ni yang suka panggil ko Risya...bukan Zoy macam geng-geng kampus ni panggil".Rina menumpang dagu memerhatikan aku.
"Emm...lecturer aje yang panggil aku macam tu...err..Encik..." Pap! Rina menepuk meja study aku menyebabkan aku terperanjat beruk.
"Ko ni lembab lah...ape ke sampai lecturer plak yang ko ingat...apa, ko ingat diorang ada masa ke nak tulis surat jiwang ni kat ko..." Rina tarik muka.
"Dah tu?..aku memang takde idea la Rina, lagipun banyak benda lagi aku nak pikir dari memikir perkara jiwang karat ni semua.." aku letak surat biru tu atas meja.
"Zua....dia yang bagi kat aku surat ni mintak sampaikan pada kau...cepatlah bukak aku pun nak tau apa dia tulis..hehe..special kes la zaman teknologi sekarang ni masih ada lagi mamat purba main hantar surat..hehehe" Rina dah tarik kerusi duduk sebelah aku yang baru nak bukak buku ulangkaji. Maklumlah cuti-cuti macam ni sedap lepak sambil study.
"Zua?" sepantas kilat aku toleh muka Rina.
"Iye..tadi masa aku jumpa Zahim kat Cafe dia ada sekali...masa aku nak naik bilik dia hulur aku surat ni..aku ingat untuk aku..takkanlah...hati ini telah dimiliki...sekali aku tengok nama kau..." dengan panjang lebar Rina ni menerangkan. Siap bagi ayat jiwang lagi.
"Dia tak cakap pape ke?" aku kembali membelek surat biru tadi.
"Tak..cepatlah bukak!" gesa Rina membuatkan aku baru tersedar yang aku dah buat perempuan sorang ni macam cacing kepanasan.
        Dengan perlahan aku koyak tepi sampul surat tu. Sehelai kertas berwarna putih aku keluarkan. Aku cium sikit kertasnya. Hem..tak bau pun...
" Heh!..kau cium apa plak tu..ko ingat si Zua tu nak bagi kau surat berbedak ker...bacalah.." Rina menepuk bahu aku kuat. Cis! mangkuk betullah Rina ni.
"Kalau ye pun sabar lah ...aku yang tuan punya surat ni pun steady aje..yang kau tu gelabah biawak tu kenapa?" Aku jeling Rina yang dah tersengih macam kerang busuk.
"Ehem..ehem...buat gadis comel, Risya..." aku sengih. Rina siku aku.
"Yelah aku bacalah ni...
                      .'Salam perkenalan saya hulurkan...semoga tali persahabatan yang ingin dijalin bersambut            ikhlas...Dah lama saya nak berterus terang tentang perasaan saya pada awak tapi tak berani..yelah awak ni nampak garang, tapi saya tahu hati awak lembut...Semoga sudi menerima saya seadanya'
                                                                                                                           ikhlas,
                                                                                                                       Azuanor Harris
Aku jeling ke muka Rina yang melopong mendengar aku membaca surat dari Zua itu tadi.
"Yang kau ni plak kenapa? tutup mulut tu kalau taknak lalat masuk" aku ketuk kepala Rina yang masih lagi melopong tu...
"Biar betul!...dia melamar kau ke Zoy?"..Rian tanya soalan maut.
"Bila masa pulak Zua tu lamar aku..dia usha aku jadi sahabat dia aje.."Aku lipat  surat tu dah masuk dalam sampul surat semula.
Aku menongkat dagu. Nak terima ke tak? Kalau aku terima dibuatnya kena serang dengan Akira gedik tu haru aje.
"Oi..ko pikir apa tu...?" Rina menampar tangan aku yang sedang berkhayal lagi.
"Ko rasa patut ke aku terima salam persahabatan dia ni...kang tak pasal-pasal kena serang plak ngan Akira.."
"Hak ena..yang kau nak takut dengan pompuan tu kenapa...lantak dialah..."Rina mencebik. Meluat agaknya dengar nama minah gedik tu.
"Bukan takut..tapi aku malas lah nak kecoh-kecoh..bukan stail aku nak gaduh pasal lelaki.." aku pandang muka Rina.
"Alah...rilek aa..Zua tu nak jadikan ko tu sahabat dia aje kan..apehal plak minah tu nak melenting..kau terima ajelah.." Rina cuba memujuk.
Betul jugak kan..si Zua tu usha aku jadi sahabat dia aje, bukan marka dia pun..yang aku nak gelabah biawak ni apehal? Aku tersenyum sumbing tanpa sedar.
"Ha..yang kau ni tersengih sorang-sorang tu nape?..dah berangan naik pelamin dengan Zua ke?" Suara halilintar Rina serta merta membawa aku ke alam realiti. Si budak Rina ni sibuk betullah.
"Ok lah..nanti aku akan pertimbangkan permohonan mamat ni..pepehal lain kali citer, now aku nak study..hari cuti macamni memang sesuai untuk aku ulangkaji..ko boleh dipersilakan buat kerja ko yer.." Aku terus membuka nota kuliah Puan Maryam dari Jabatan Sosial.
"Eleh..pirah!...." Rina bangun dan mencapai baldi pakaian kuliahnya yang dah menimbun selama seminggu. Haiya..nasib tak bau..kalau tak dah aku tendang baldi tu keluar bilik.