SITI...SITU...SANA..SINI..

Jumaat, 24 Disember 2010

Cerpen 1~Asyik-asyik dia lagi...

BAB 1
Kolej Perdana
Sabtu~12.00 tgh

Suasana di Cafe B4 lengang...ada la dalam 5 ke 6 orang student yang tengah memilih lauk untuk makan tengahari. Aku melihat dari tingkap bilik kolej kediaman aku yang betul-betul berhadapan dengan cafe kolej. Hari ni hari Sabtu, takde kelas aku pun malas nak pegi mana-mana. Duduk kat universiti di tengah rimba ni membuatkan aku lebih suka lepak dalam bilik aje bile cuti, jarang nak merambu tak tentu pasal. Buat mengabiskan duit aje..
“ Oi! Beranganlah tu....” tiba-tiba sebiji bantal hinggap di kepalaku.
“Adoi!..ape main baling-baling ni...” kureng asam punye member, potong stim betul la. Aku baru nak berangan.
“Hehe...dah ko tu aku panggil tak dengar...melangut depan tingkap tu pehal?”. Rina mencapai majalah remaja di atas meja yang baru aku beli semalam. Aku sengih sambil menuju ke arah Rina yang sedang membelek majalah kesukaanku itu. Yelah macam-macam informasi remaja ade kat dalam majalah tu...kira macam consultant aku jugaklah majalah ni.
“Aku boring..nak kuar malas, panas..” aku rebahkan badanku atas katil sebelah Rina. Rina mengesot sedikit memberi ruang padaku nak menyelit sebelah dia.
“Jom makan...laparlah..” Rina menggosok-gosok perutnya dua tiga kali.
“Eh, kata nak diet..tak nak makan tengahari..ni ape kes?..” aku jungkit kening ala-ala Ziana Zain sambil memandang muka Rina. Haha...baru tiga hari tak makan tengahari dah tahan. Lainlah macam aku ni memang rajin puasa. Tulah aku ajak puasa tak nak...nak diet biasa aje kalau pasang niat cam aku ni gerenti boleh tahan lapar. Cuma hari ni aku off puasa, bendera Jepun sudah naik...
“Ala...kalau ade kelas lainlah...rase lapar pun hilang,,tapi lau duduk saje-saje cam ni mulalah otak aku terbayang lauk pauk kat cafe tu...jomlah Zoy..” rengek Rina sambil buat muka seposen.
“Tulah ko..lain kali niat puasa lah, baru lah otak ko tu tak teringat nak melantak itu ini...hish..” Omel aku selamba. Minah ni memang tak leh tengok orang senang, ade aje yang direngekkan kat aku sebagai sahabat sejatinya ni...Yelah tu!
“Alah..sok..sok lah aku puasa key...jomlah..aku belanja...” hehe..nak belanje ker?
“Okeylah...asal ko belanja aku no hal..kejap aku pakai tudung..” aku mencapai tudung Ekin warna pink yang tergantung dalam almari baju aku. Rina dengan pantas mencapai tudungnya yang terletak di bahu kerusi study nya itu. Setelah bersiap ala kadar kami beriringan menuju ke cafe yang tak samapi 5 minit berjalan tu. Actuallly aku yang bernama Izorysha Miyana binti Abdullah Hanafi(Zoy), 21 tahun berasal dari Johor ngan Rina ( Hasfarina Binti Ahmad), 21 tahun ni best friend yang paling akrab...eerk..dah best friend memanglah akrab..hehe..ke mana saje kitorang pergi mesti together. Ke kelas (jadual kelas kitorang memang same), ke cafe, ke Alor Setaq dan sebagainya still together. Memang sukar dipisahkan. Macam kembar siam! Kami bukan senegeri, Rina berasal dari Selangor. Kami kenal mase pendaftaran student baru kira-kira 2 tahun lebih yang lalu. Kami se’roomate’ dari semester 1 sampailah semester 6 ni (final)...suka duka kami harungi bersama...ceeehhh..sentimental pulak..hehe.
“Yang ko ni sengih sorang-sorang ni dah kenapa?..” eh..aku tersengih sorang2 ker..ape la aku ni buat malu aje. Aku cepat-cepat buat muka selamba. Nasib baik Rina aje yang nampak. Kami dah pun sampai di cafe B4..beberapa orang student sedang beratur mengambil lauk-pauk yang terhidang dalam tray yang disusun memanjang. Aku menjenguk satu persatu lauk pauk yang ada di situ....Rina telah pun menceduk nasi ke dalam pinggan dan meninggalkan aku yang masih belum membuat keputusan nak makan lauk apa. Rina ni kalau pasal makan sanggup dia tak pedulikan aku. Patutlah badan bagai di pam-pam.
“Hish..ape ni, balik-balik lauk ni aje,...telur mata kerbau masak sos..kacang panjang tumis kering...ayam goreng..ee..masaklah benda lain pulak...” mulut aku merungut-rugut melihat menu hidangan tengahari pada hari ni...
“Oit cik adik!..kalau nak makan tu ambik ajelah, jangan nak merungut depan rezeki tu..untung ade makanan tau..kat somalia tu orang nak makan pun susah..belajar lah bersyukur...” Hak ena ni mamat mane yang menyibuk aje ni..nak kena nih..
“Oi sedara, suka ati akulah nak cakap ape..mulut aku, yang ko nak bagi ceramah kat aku tu ape hal?” selamba aku membalas cakap mamat tu. Dah lah aku tengah bengang bab pilihan menu hari ni. Dia pulak menambahkan bara kat dada aku ni..sekeh kang!
“Memanglah mulut ko..lau mulut adik aku dah kena cili dah..” mamat tu balas lagi..sengaja nak bagi aku panas nih...
“Psst...Zoy jom..” dan belum sempat aku membuka mulut nak membalas kata-kata kureng dari mamat tu, Rina segera menarik tangan aku menjauh dari mamat tu.
“Wei..ko giler bertekak dengan mamat tu,,,kau tau tak siapa dia?” Rina bercakap sambil membulatkan matanya yang agak sepet itu.
“Aku peduli hapa siapa dia..yang dia sibuk-sibuk nak mentarbiah aku tu pehal...suka ati akulah nak cakap ape..” aku menjeling geram ke muka mamat tadi yang sesekali memandang ke arah kami yang sedang berbisik-bisik di sudut cafe.
“Ishh..ko ni tak habis-habis dengan kepala batu ko tu tau...ni mak nak bagitau ko ni..budak lelaki yang ko panggil ‘MAMAT’ tu sebenornye Presiden Kolej kita yang baru merangkap anak lecturer akaun kita, Prof. Adam tau tak?”..Rina menerangkan kepada aku siapa gerangan mamat tu tadi.
“Ahhh..aku peduli hapa dia tu siapa, anak siapa...lantaklah..hemph..”dengan sombong aku menjeling mamat tadi yang dah pun bungkus makanan yang dia beli tadi. Rupanya mamat tu perasan aku jeling dia, straight dia menuju ke arah aku dan Rina. Ulp..gugup jugak aku bile tengok mamat poyo tu menuju ke arah kami. Tapi aku buat-buat berani aje...yelah nak buat ape takut dengan dia, aku bukan junior yang dia boleh nak ragging sesuka hati aje. Aku pun senior lah!
“Alamak Zoy dia datang kat kite lah...tulah ko mulut cabul sangat..” Rina dah panik.
“Rileklah sis...dia bukan boleh buat ape pun..” jawabku  berani. Kami menanti dengan debar di hati. Mamat tu berhenti di depan kami..muka kami direnung bersilih ganti. Hak ena..pehal...
“ Tepi sikit..aku nak lalu...” pergh...sekali dia bersuara macam nak tercabut jantung kitorang. Aku tak sempat jawab balik mamat tu dah blah..bila aku toleh baru aku perasan aku ngan Rina tengah berdiri kat  tengah lorong, satu-satunya jalan nak keluar masuk cafe. Kami cepat-cepat beredar ke kaunter bayaran. Sempat lagi aku terpandang mamat tadi tu melemparkan senyuman sinis kat aku. Cilakak! Siap kau kalau aku jumpe ko lagi..mulut aku terkumat kamit membebel.




1 ulasan:

  1. setakat ni dulu cerpen bab 1..tengah wat sambungan seterusnya..

    BalasPadam