SITI...SITU...SANA..SINI..

Sabtu, 25 Disember 2010

BAB 2

BAB 2
Suasana di dewan kuliah 1 / 4 hingar bingar. Menanti kedatangan prof. Adam lecturer akaun kami masuk. Dah 10 minit lambat. Biasa kalau sampai 15 minit lecturer lambat automatik kelas batal...lambatnya nak tunggu lagi 5 minit.
“ Weh..Zoy, soalan tutorial kelas akaun yang prof adam bagi aritu kau dah siap?.” Rina menyiku lenganku yang tengah khusyuk melukis kartun dalam buku nota.
“Ko ni dah lupe ke..kan kita buat same-same aritu..kalau ko dah siap , aku pun dah siap gak...” Minah ni cepat sangat amnesia.
“ Hehe..lupelah...” Rina garu kepalanya macam orang ade kutu. Tiba-tiba pintu dewan kuliah terbuka. Kelas menjadi senyap serta merta. Semua mata tertumpu ke arah satu objek bernyawa nun di depan... Hek eleh..mamat poyo ni lagi..
“Assalamualaikum...er..prof adam tak dapat masuk kelas hari ni..ade hal penting!” kelas kembali hingar bingar. Aku mencebikkan bibir. Tanpa aku sedari mamat poyo tu tiba-tiba memandang ke arah aku.
“ Uish...Zoy...Azuanor Haris pandang kat sini lah..”Rina menyiku tangan aku yang sibuk mengemas buku dan alat tulis nak chow. Pas ni aku tak de kelas sampai pukul 2 petang. Pukul 2.30 petang nanti baru ade kelas English HE3. Aku melilau memandang ke sekeliling. Aku juga terperasan yang mamat poyo tu masih berdiri di hadapan kelas.
“ Hah!..sape?...” aku memandang ke muka Rina yang Menutup mukanya dengan examination pad.
“ Mamat poyo tulah...” sambil tangannya menunjuk-nunjuk ke arah mamat poyo tu. Aku segera memandang  ke arah mamat poyo itu tadi. Tapi bayangnya pun dah lesap.
“ Yang mana satu?” aku menjeling ke arah Rina yang masih lagi menyorok belakang exam pad tu. Tapi Rina still lagi menunjuk-nunjuk ke arah depan kelas.
“ Hish..ko ni dah kenapa...” aku merampas exam pad di tangan Rina. Terhendap-hendap Rina memandang ke hadapan.
“Phuhhhh....selamat dah takde..” Rima mengurut dadanya dua tiga kali.
“ Ko cakap siapa tadi Rina..aku tak dengar sangat..?” aku kembali bertanya pada minah pelik ni.
“ Laa...siapa lagi Si Azuanor Haris tulah, sapa lagi..” Rina memandang ke kiri kanan kelas...sunyi sepi. Tinggal aku ngan Rina aje yang belum keluar. Yang lain dah merambus dari kelas.
“ Siapa Azuanor Haris tu?” aku menggaru kepala yang tak gatal. Jangkit si budak Rina la ni. Rina menepuk dahinya.
“ Lah..si mamat poyo tu lah..” aku mencebikkan bibir. Ingatkan sapa...
“ Nape plak dengan dia?” aku bertanya acuh tak acuh aje. Memang malas mak nak ambil tau pasal dia tapi oleh kerana tak jelas ape yang Rina cakap tadi tu yang aku tanye dia balik.
“ Aku nampak tadi dia pandang arah kita..dan dia tengok kau semacam aje..macam nak telan..” Rina bercerita dengan mimik muka ngeri.
“ Ahh..ade aku kisah..sikit pun aku tak heran..ape kes dia nak telan aku...” aku menonong keluar kelas diikuti olah Rina yang masih lagi nak bercerita pasal mamat sengal tu kat aku.
“ Kau tu janganlah cari pasal dengan si Zua tu lagi...kang dia pekenakan kita balik tak ke naya..dia tu kan presiden kolej kita..” Rina masih berceloteh macam bertih jagung mulut dia.
“ Bila plak aku cari pasal kat dia..dia yang mulakan dulu..menyibuk hal orang sapa suruh...dan..yang kau ni macam takut sangat ni kenapa..?” aku pandang muka Rina sekilas sambil terus melangkah laju.
“Taklah risaukan ko aje...kau ni macam tak penah nampak or kenal dengan si Zua ni aje..kan dia sama semester ngan kita..cume course aje tak same..mase orientasi dulu kau tak perasan ker..” rungut Rina lagi. Aku cuba mengingat satu persatu muka-muka senior kat kolej aku tu. Tak perasan pun..aku menjungkit bahu. Malas nak mengingat benda tak penting tu.
“ Oh..baru aku ingat..ko ni bukan ambik pusing hal sekeliling..tambah lagi pasal orang lelaki bolayan jer..hehe..tapi kan Zua tu hansome kan...tinggi lampai, badan tough..hiudng mancung..senyuman manis..sekali pandang macam Won Bin hero korea tu, dua kali pandang macam Aaron Aziz pun yer...” Rina terus membebel. Memang betul la cakap Rina ni...kalau tak penting aku memang malas nak amik port pasal aktiviti kampus ni. Aku joint yang penting-penting aje. Lainlah si Rina, mulut tu ramah tamah, siapa tak kenal dia. Bab gosip menggosip ni serah pada dia. Melalui dia lah aku tau hal luar dan dalam kain orang lain. Walaupun aku tak kenal orang tu. Tapi bab Presiden kolej aku yang baru tu tak pulak dia sampaikan pada aku. Setahu aku presiden kolej kitorang tu namanya Latif bin Abu. Kalau aku tau mamat tu presiden kolej kitorang taklah aku bahase kan dia aritu.
‘Bub!’ aduh..tiba-tiba berdengung kepala aku. Macamana aku boleh terlanggar orang. Tulah asyik merewang aje kepala tu sampai orang pun aku langgar...
“Eer,,sorry...tak perasan...” aku mengangkat muka memandang orang yang aku langgar tadi.
Erk....sekali..mamat poyo ni la plak.
“ Lain kali jalan tu tengok depan..ade mata tu guna..” Zua jegilkan biji mata. Rina dah berdiri belakang aku.
“Eh ..kan aku dah cakap sorry tadi...sorry means tak sengaja...ape ingat aku hadap sangat nak langgar orang..lagi-lagi ko..” tak de kasi can aku sound dia balik.
“ Awak ni memang mulut cabul la...harap muka aje lawa..mulut macam haprak..awak tu pompuan belajar lah cakap elok sikit..” bebel si Zua ni lagi kat aku. Hah sekali dia ceramah kat aku la plak. Sejak bila plak dia bersaya-awak plak dengan aku nih..aritu beraku-engkau...
“Suka ati akulah..ade aku menyusahkan ko..sibuk..blah!” aku tarik tangan Rina segera beredar dari situ. Banyak mata pandang kat kami yang bertekak tengah panas. Ape la malang terlanggar mamat poyo tu..siap kena ceramah lagi. Aku agak lah dia ni mesti tak dapat masuk debat so tension lepas kat aku plak.
“Habislah ko Zoy...lepas-lepas ni mesti dia akan kenakan ko lagi..apesal la ko jalan tak tengok depan sampai langgar orang..err..ape rasenya langgar mamat hensem tu hah..hehe” bebel Rina menyalahkan aku.
“Dah jangan nak salahkan aku plak dan jangan pikir bukan-bukan..ko tulah membebel tengah panas-panas gini sapa suruh..lau ko tak membebel aku leh concentrate jalan elok-elok..” aku marah kat  Rina balik. Yelah dia tu asyik membebel aje pening kepala aku dengar bebel dia. Sama aje dengan mamat poyo tu tadi.
“Aku pulak yang salah..”Rina memuncungkan mulut.
“Alah ko tak payah risau lah..dia tak berani lah buat ape-ape kat aku punye..kau percayalah..” aku menenangkan Rina. Bukan aku tak tau si Rina ni sebenarnya risau takut aku akan dibuli oleh mamat poyo tadi. Ape dia ingat dia berjawatan besar cam tu aku nak heran and hormat kim salam jelah...
....................
Kami melintas di Foyer library yang nampaknya sesak semacam. Kebetulan aku dan Rina nak ke library wat assignment. Tertancap mata kami melihat banner yang digantung di depan foyer library itu ‘ SERTAI KAMI KELAB KEMBARA UNTUK PERKHEMAHAN DI GUNUNG HIJAU PADA .................’. belum pun sempat aku menghabiskan ayat yang tertulis di banner tadi tiba-tiba Rina menarik tangan aku menuju ke salah satu kaunter pendaftaran.
“Eh..ko nak pegi mana ni Rina?” aku yang kehairanan tapi masih lagi mengikut langkah Rina ke kaunter. Jangan lah si Rina ni ajak aku joint benda-benda ni semua. Bukan taste aku nak masuk benda alah ni semua. Baik aku tidur lagi bagus.
“ Kita joint lah..aku teringin nak gi camping cam ni...jom!” Rina terus meminta dua helai borang di kaunter pendaftaran.
“Ei..mintak simpang la..aku nak joint menatang ni semua..sorry..lau ko nak joint kau pegilah aku tak nak..”
“Alah..please...ko temanlah aku..sekali ni aje...plessss...” Si Rina ni dah mula la buat muka seposen dia tu. Ingat aku nak cair ke...tak mungkin...Aku pantas meninggalkan Rina yang merayu-rayu tak hengat. Aku terus masuk ke dalam library.
..........................
Sejak aku tolak ajakan si Rina nak joint perkhemahan kelab kembara tu, aku tengok si Rina ni dah jadi pendiam. Sepatah aku tanya, sepatah jugaklah dia jawab. Lagi haru bila kadang-kadang langsung tak menjawab. Adoyai...ni yang pening kepala mak ni...pak kal jelah ko tu bestfriend aku.. lau tak lantak ko lah nak tegur ke tak...Bosannya tak bercakap satu hari... Penat aku melawak...gitu jugak respond dia..terasa macam badut plak aku ni.. hish..cam ner ni nak joint jugak ker kelab ni???...tak suka nya aku bab berkhemah bagai ni...
Aku jeling dua helai borang yang terletak atas meja aku. TARIKH TUTUP PENYERTAAN PADA : 21 Ogos ....sempat lagi ni..hari ni tarikh tamatnya. Adoi...kalau tak mengenangkan ko ni kawan aku merangkap sahabat malas aku nak layan. Tak pelah..sekali ni aje..lepas-lepas ni kalau minah ni merengek lagi nak joint ntah pape lagi kelab memang aku campak ke tingkap la jawabnya budak ni.
Aku segera mengisi butir-butir di kat borang kelab tu. Hem..siap pun..
“Nah!...belanja aku makan nasi ayam kat Alor Setar petang ni...” aku suakan borang yang dah lengkap ke muka Rina. Bulat mata Rina bila aku serahkan borang tu kat dia.
“Yahooo......ko lah kawan aku dunia akhirat wahai Izorysha Miyana ku sayang...nasi ayam no hal punyer..ko nak nasi beriani pun aku sanggup cari...lepas kita hantar borang ni kita chow gi aloq setaq key...” sepantas kilat Rina melompat dari katil menyarung seluar dan blaus. Sepantas kilat juga dia mencapai tudung dan menonong keluar bilik.
“Woi! Ko nak ke mana tu...?” aku menjerit ke arah Rina.
“Mana lagi nak anta borang ni lah..kang kaunter tutup plak..arinikan last date nyer..ko tu cepat la bersiap aku tunggu kat depan Fakulti Ekonomi nak tunggu bas..” Rina terus menutup pintu membiarkan aku terkulat-kulat sorang. Hish..ntah ape la yang dia tergilakan sangat nak joint kelab kembara tu...sampai merajuk-rajuk. Nantilah aku selidik. Ni mesti ade yang tak kena.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan