SITI...SITU...SANA..SINI..

Ahad, 8 Mei 2011

~Bab 9~

  Suasana cafe dekat Fakulti Ekonomi agak lengang. Yelah baru pukul 9 lebih..kebanyakan student tengah on kelas. Yang ada pun kebanyakannya yang free class and yang macam aku ni ..kes kelas batal.
  " Jom duduk sana..." Zua menunjuk ke arah sudut cafe yang agak tersorok dari pandangan orang ramai.
Aku tak banyak hal juz follow..bukan nak makan sangat pun..tapi bila ada orang nak belanja ni aku layan ajelah, walau dalam hati ni ada sikit bimbang...bimbang kena serang...
Aku menarik kerusi dan duduk dengan tenang walaupun dalam hati aku rasa tak selesa jugak. Maklumlah, mana aku pernah keluar berdua-duan dengan lelaki ni. Tambah lagi dengan si Zua yang handsome tahap gaban ni...pakwe orang pulak tu. Hai..la Cik Izorysha sayang..kau ni dah menempah bala agaknya...
  "Risya nak makan ape?..kat sane tu nampak banyak pilihan.." Zua bersuara bila tengok aku diam aje.Lagipun kat cafe ni layan diri.
  "Awak gi lah beli dulu saya jaga sini..nanti gilir.."Jawan aku segan.
  "Rysha cakap aje nak makan ape, nanti saya ambik kan..." Zua menawarkan khidmat bakti. Aku pandang muka dia. Bior betik!...baiknya..
  "Tak pelah..nanti saya ambik sendiri...awak pegilah dulu.." gile lah aku kalau lama-lama pandang muka Zua ni.
  "Kalau macam tu biar saya ambikkan Rysha lontong..sedap tau..kat cafe ni paling femes lontong ayam dia..Rysha mesti suka.." Tiba-tiba Zua memberi cadangan sambil bangun. Lontong?...ish macam tau-tau aje fevret aku tu...Tak sempat aku bukak mulut si Zua dah pun melangkah menuju ke meja yang menempatkan pelbagai jenis hidangan pagi. Orang pun dah makin ramai. Mungkin dah abis kelas pagi ni.
   Aku menyandar sambil mata tengok orang lalu lalang. Hish! apa aku dah buat ni...melepak dengan pakwe orang. Tau dek makwe dia, free aje kena fire...huhu...

    Zua meletakkan mangkuk lontong di depan aku dengan cermat. Aku pandang muka Zua sekilas. Baik pulak mamat ni, dulu aku ingat poyo sangat. Mana taknye, sejak kenal masa nak pegi camping kat Gunung Hijau dulu, bukan main kerek lagi. Siap tengking-tengking lagi, buli pun ye jugak. Tapi tak sangka, time-time macam ni boleh gentleman pulak. Hehe...biasalah tu nak mengurat, mestilah  tunjuk baik kan...kalau tak, melepaslah nak bebaik dengan aku ni.
     " Makanlah...tunggu apa lagi...saya nak beli nasi goreng kejap..." Zua berkata sambil meninggalkan aku terkulat-kulat. Takkan aku nak makan dulu pulak, mestilah nak tunggu dia sekali.
      Zua kembali ke meja makan kami sambil menatang dulang berisi sepinggan nasi goreng cina dan dua gelas air sirap. Tertib aje dia meletakkan makanan dan minuman atas meja. Lulus!...memang lulus kalau nak dibuat menantu...hehe..
      " Apa yang sengih sorang-sorang ni Risya?...napa tak makan lagi?" soal Zua tiba-tiba tanpa aku perasan yang dia dah pandang pelik kat aku lagi tadi.
      " Tak pape...jomlah makan!" aku jawab sambil mengangkat tangan nak baca doa makan. melihat aku dah angkat tangan dengan pantas Zua memulakan bacaan doa makan..Amin. Semoga berkat rezeki kami pagi ni.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan