SITI...SITU...SANA..SINI..

Ahad, 4 September 2011

~Jodohku Ustaz~ Bab 1



Bab 1

            Hari Isnin...huh!..menyebutnya pun aku dah rasa pening lalat. Biasalah kalau dah hari Isnin ni semuanya boring...mengantuk...ntah apa-apa lagi perasaan berbaur.  Maklumlah semalam kan cuti. Dua hari cuti syoknya. Hish!..malas betul nak bangun. Aku mengeluh sambil mengeliat beberapa kali. Aku jeling jam loceng kat sisi katil. Alamak! Dah pukul 6.45 pagi. Mampus! Sempat ke aku nak mandi?..sembahyang subuh lagi. Adoi..mak ni pun tak kejut aku pulak. Sepantas kilat aku menarik tuala di palang besi sebelah bilik air. Sup..sap.. sup sap..aku mandi...dalam kepala ni dah asyik pikir sempat tak sempat nak sembahyang. Aduh...subuh gajah lagilah aku...
................

            “ Mak! Kenapa nak kejut Hanan....dah lambat ni...” aku muncungkan mulut sambil menarik kerusi di meja makan. Tau dah lambat tapi kena jugak ambik sarapan..kalau tak gerenti anak murid aku kena amuk nanti. Hehe..
            “Dah nak roboh pintu bilik Hanan tu mak ketuk...malas dah mak nak kejut lagi...awak tu dah besar, dah anak dara..kalau kawin dah beranak pinak, bangun pagi pun nak mak kejut lagi. Hah!..sembahyang subuh tak tadi?” Adus!..membebel pulak mak aku ni. Aku sengih...
            “Subuh gajah mak...” jawab aku sambil mengunyah roti bersapu jem. Mak aku menggeleng kepala berkali-kali.
            “Apa nak jadilah dengan anak dara mak sorang ni...sembahyang dibuatnya sambil lewa...” rungut mak aku.
            “Alah! Mak..bukan Hanan sengaja...dah nak terbabas..jam tu pun satu selalu bunyi, pagi ni mogok pulak..” Balasku lagi sambil menghirup kopi-O mak yang memang power.
            “Mak doa-doa kau dapatlah kawin dengan ustaz, boleh bimbing Hanan yang ambik mudah dengan semua perkara...risau mak dibuatnya..” Mak aku menggeleng kepala lagi. Ni yang aku malas nak dengar ni..
            “Okey lah mak Hanan gi sekolah dulu mak ek...dah lambat dah ni..” Aku menarik tangan ibuku dan kucium tangannya. Kemudian aku cium pipinya kanan dan kiri..rutin buat ibu tersayang. Maklumlah hanya tinggal kami berdua di rumah ini setelah ketiadaan ayahku yang tersayang sejak 2 tahun lepas.
            Kalau aku lambat-lambat lagilah mak aku akan sambung tazkirah plus dengan cita-cita murni dia nak aku kawin dengan ustaz. Ha..ha..ha..lawaklah mak aku ni. Ade ke ustaz yang nak kat aku yang sembahyang pun tonggang langgang lagi ni...asyik terbabas sembahyang subuh aje..nak-nak lagi kalau hari Isnin..memang ‘Black Monday’ bagi aku...Ceh! cikgu apa macam ni...Kalau masinlah mulut mak aku tu..oh! sungguh malang nasib ustaz tu..hahaha...